Selasa, 30 Mei 2017 | 4:18pm

Madrid Maersk berlabuh di Tanjung Pelepas


PASANGAN ini perlu bijak membahagikan masa dan menggunakan peluang yang ada untuk bersama.

KUALA LUMPUR: Madrid Maersk, kapal kelas Triple-E milik Maersk Line, syarikat perkapalan kontena terbesar dunia, berlabuh buat kali pertama di Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP), berkata kapal kontena yang berkeupayaan membawa 20,568 unit bersamaan 20 kaki (TEU) itu berlabuh di pelabuhan itu pada 16 Mei 2017, dalam pelayaran sulung bagi laluan Asia - Eropah (AE 2).

"Kapal berkenaan yang sebelum ini berlabuh di Yantian, China, dijadualkan singgah di pelabuhan berikutnya, Algeciras, Sepanyol," kata PTP.

Pengerusi PTP, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, berkata pelabuhan itu berkeupayaan menerima kapal mega kerana mempunyai peralatan dan kemudahan yang sesuai.

"Pelabuhan direka bentuk untuk menerima kapal kontena generasi terkini dan mampu mengendalikan jumlah muatan yang besar.

"Program pengembangan dan menaik taraf peralatan kami akan memastikan PTP mampu mengikuti perubahan pesat dalam industri pelabuhan dan perkapalan, dan seterusnya memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan kami, "katanya. - BERNAMA

Berita Harian X