Isnin, 29 Mei 2017 | 7:00am

A'Ali Sahara jual baju raya bawah RM100


PILIHAN baju raya menarik untuk digayakan pada Aidilfitri ini dengan harga berpatutan.

KUALA LUMPUR: Bukan sahaja kelengkapan pakaian wanita ditawarkan di bawah harga RM100, malah 50 pengunjung terawal ke gerai jualan A'Ali Sahara juga akan menerima cenderahati percuma.

Itu tarikan gerai yang diusahakan dua bekas rakan sekolej untuk pengunjung Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH '17), yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), 2 hingga 4 Jun ini.

Gerai berkenaan menawar-kan jubah, baju kurung, palazo, blaus, telekung, selendang yang dijual pada harga RM40 hingga RM100, selain kemeja- T serendah RM25.

Nurul Nadia Nizazudin, 28, bersama Nur Atiqah A Rahman, 24, sebelum ini berniaga dalam talian sejak Februari lalu.


NURUL Nadia Nizazudin.

"Sambutan hangat pembeli, membuatkan kami menyertai bazar lokal yang menjadi aliran masa kini, sekali gus membolehkan orang ramai melihat sendiri produk kami.

"Kebanyakan produk diambil dari Vietnam," katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Nurul Nadia berkata, promosi 50 pembeli terawal itu terbuka kepada pelanggan yang membuat pembelian RM100 sebarang produk di gerai jualan A'Ali Sahara.

"Ini cara kami menghargai pembeli selain suatu sedekah sempena Ramadan iaitu pemberian tasbih dan surah Yasin.

"Kami menyediakan pelbagai saiz, corak pakaian berkualiti, mengikut trend terkini untuk digayakan pada Aidilfitri nanti," katanya.

Nurul Nadia berkata, meskipun membeli-belah dalam talian tetap menjadi fenomena, orang ramai dilihat tetap mahu menyentuh sendiri fabrik berikutan menginginkan pakaian berkualiti, selesa dan harga berpatutan.

"Kami yakin pakaian siap pilihan praktikal untuk digayakan pada lebaran, majlis kasual dan ke pejabat.

"Dengan pilihan jubah, baju kurung, selendang dan aksesori lain, wanita akan tampil anggun, berkeyakinan dan berbelanja murah kerana harga kami yang berpatutan," katanya.


A'ALI Sahara turut menjual selendang trend terkini.

"Berniaga adalah kegiatan sampingan kami berdua kerana seronok menguruskan perihal jual beli dengan pembekal, memilih material, menguruskan hal penghantaran hingga berkomunikasi dengan pelanggan," katanya.

A'Ali Sahara antara 100 gerai jualan yang akan menyertai FMBH '17 yang memasuki edisi ketiga selepas pertama kali diadakan pada 2014 di Zebra Square, Kampung Pandan pada 23 November 2014.

Seterusnya, FMBH 2015 diadakan di Pusat Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, Kuala Lumpur, 24 dan 25 Oktober 2015.

INFO: Fiesta Muslimah BH 2017

- Berkonsepkan pasar lokal

- Bakal memenuhi cita rasa fesyen dan gaya hidup wanita

- Menggabungkan penggiat fesyen tempatan terkenal dan baharu mencipta nama

- Suasana santai tetapi meriah

15 dibaca
Berita Harian X