Khamis, 25 Mei 2017 | 6:19pm

Pelajar maut nahas bas-treler


PEMAIN Kelantan, Abou Bakr Al Mel melakukan cubaan ke arah pintu gol lawan dan cuba dihalang penjaga gol Kedah, Mohd Farhan Abu Bakar pada aksi perlawanan Piala Malaysia dalam Kumpulan C di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV) Kota Bharu. - Foto Syamsi Suhaimi

CHUKAI: Seorang pelajar maut selepas bas sekolah dinaikinya merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 134 Jalan Jerangau-Jabor dekat Kampung Lubuk Lesong, tengah hari tadi.

Muhammad Fariz Rizwan Mohd Rosdi, 16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Putih yang cedera di kepala dan kaki, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kemaman.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumah bapanya di Kampung Padang Kubu apabila bas dinaiki merempuh treler yang berhenti di tepi jalan.

Ketika kejadian, bas terbabit membawa 12 pelajar. Tiga lagi pelajar cedera ringan lapan yang lain tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, ketika ditemui mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X