Rabu, 24 Mei 2017 | 7:20pm
ANTARA menu yang disediakan di Las Vacas Glo Damansara, Taman Tun Dr Ismail (TTDI). - Foto Khairul Azhar Ahmad
ANTARA menu yang disediakan di Las Vacas Glo Damansara, Taman Tun Dr Ismail (TTDI). - Foto Khairul Azhar Ahmad
FD Idzham FD Iskandar (kiri) dan Freedy Azman. - Foto Khairul Azhar Ahmad
ANTARA menu yang disediakan di Las Vacas Glo Damansara, Taman Tun Dr Ismail (TTDI). - Foto Khairul Azhar Ahmad
ANTARA sajian yang disediakan di Las Vacas Glo Damansara, Taman Tun Dr Ismail (TTDI). - Foto Khairul Azhar Ahmad
ANTARA sajian yang disediakan di Las Vacas Glo Damansara, Taman Tun Dr Ismail (TTDI). - Foto Khairul Azhar Ahmad

Hidangan stik premium halal di Las Vacas

MELANGKAH masuk ke dalam Las Vacas Glo Damansara, di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Damansara terasa seperti berada di dalam restoran mewah Sepanyol.

Apatah lagi dengan bilik kaca di ruangan dapurnya memudahkan pelanggan melihat aksi pemotong daging menyediakan hidangan.

Dekorasi berkonsep moden cukup menyenangkan dan memberi keselesaan dengan memuatkan lebih 60 pelanggan pada satu masa.

Hiasan ringkas pada dinding turut mempamerkan grafik maklumat berguna kepada pelanggan mengenai bahagian tertentu daging lembu yang sesuai untuk menu stik.

Ternyata stik daging premium halal yang ditawarkan di restoran Las Vacas Glo Damansara menepati cita rasa penggemar stik dengan sajian enak dan berkualiti tinggi.

Bukan itu saja, Las Vacas yang dahulunya sebuah kedai menjual daging disamping mempunyai sumber daripada baka terbaik, mereka juga berkemahiran tinggi memotong daging yang bertujuan menjaga kualitinya.

Perniagaan terbabit kemudian dikembangkan menjadi sebuah restoran tempatan yang bertaraf antarabangsa dengan hidangan kelas pertama.

Daging premium yang diimport dari Australia ini melalui pelbagai proses bagi menentukan tahap kualitinya.

Restoran yang mempunyai lebih empat cawangan di sekitar Lembah Klang itu juga dikenali sebagai Vacas Glo.

Pengarah Vacas Glo, Freedy Azman, berkata ini termasuk jenis baka yang diperoleh, makanan haiwan, kaedah penternakan serta tarikh dan usia haiwan ketika disembelih.

Katanya, proses membela lembu ini dihitung secara saintifik bagi menjana perniagaan yang mempunyai pasaran premium.

"Makanan dan kesihatan haiwan lembu ini memberi impak kepada daging yang bakal terhasil. Justeru segalanya diambil kira dengan cukup teliti.

"Daging yang khas untuk stik melalui proses 'wet aging', ia divakum dalam plastik dan kemudian dibekukan selama tiga minggu bagi membenarkan proses semulajadi dengan penghasilan enzim oleh bakteria.

"Proses itu yang juga dikawal suhunya secara tidak langsung akan melembutkan daging terbabit secara semulajadi," katanya ketika ditemui BH, baru-baru ini.

Freddy juga berkata daging di restoran itu mempunyai gred yang dinilai berdasarkan kelembutannya, rasa dan kesegarannya.

"Di Las Vacas, gred dagingnya adalah tujuh. Ia tergolong dalam daging yang cukup berkualiti dan premium.

"Istimewanya untuk penggemar stik ini mereka boleh minta daging itu dipotong mengikut selera masing-masing dan ditambah dengan pelbagai menu yang dihidangkan," katanya yang turut menggunakan pelbagai produk agro tempatan untuk meningkatkan produk penghasilan di tanah air sendiri.

Ternyata dalam memberikan yang terbaik kepada pelanggan Las Vacas juga jenama tempatan dalam industri pemakanan.

Pengarah bersama Vacas Glo, FD Idzham FD Iskandar, berkata beliau mahu memposisikan restorannya sebagai stik premium halal yang boleh dinikamati oleh semua orang pada harga berpatutan.

"Pelbagai pilihan disediakan dan antara hidangan terbaik kami adalah Las Vacas famous beef wrap, ribeye grain, lamb burger dan ozzy mozzarella sticks.

"Setiap pelanggan yang hadir akan memilih jenis daging yang digemari dan cef didapur akan menghidangkan dalam cara yang terbaik iaitu dipanggang sebaiknya," katanya.

Selain daging, restoran ini turut menyajikan ikan, ayam dan spageti sebagai hidangan sampingan.

INFO

  • Terletak di pusat membeli belah Glo Damansara
  • Dibuka 10 pagi hingga 10 malam
  • Boleh dicapai menerusi Intagram dan Facebook Vasglo

Berita Harian X