Rabu, 24 Mei 2017 | 4:00pm
MODEL Benelli Leoncino 500.

Benelli Malaysia perkenal Leoncino 500


BENELLI Leoncino 500.

BENELLI Malaysia memperkenalkan model baharu Leoncino 500, lagenda yang menggabungkan tradisi, mitos, semangat dan gaya kontemporari serta inovasi dan prestasi.

Leoncino 500 didedikasikan khas kepada lagenda motorsikal Itali yang kebanyakannya menyumbang kepada sejarah jenama itu sendiri dan hari ini menemui identitinya sendiri dalam dunia yang serba moden ini.

Benelli Malaysia mengesahkan akan melancarkan motosikal gaya retro Leoncino 500 ini pada separuh kedua tahun ini.

Leoncino 500 adalah motosikal yang pantas dan padat serta menggunakan rim aloi 17 inci yang mana memindahkan kenikmatan maksimum apabila di atas jalan raya.

Menggunakan tayar depan 120/70-ZR17 dan belakang 160/60-ZR17, ia menjaminkan kestabilan dan prestasi terbaik dalam apa jua keadaan.

Suspensi hadapan yang berdiameter 45mm dan menggunakan teknologi fork terbalik, dipadankan dengan empat omboh kaliper brek yang mencengkam cakera 320mm.

Pergerakan lengan buai di bahagian belakang dikawal oleh penyerap getaran sisi dan system brek dikawal selia oleh cakera 260mm bersama sama satu omboh kaliper.

Leoncino 500 ditawarkan dengan dwi silinder dan enjin empat lejang, penyejuk cecair, 500cc dan menghambur kuasa 47.6 CV (35kW) pada 8500 rpm dan tork maksimum 45 Nm (4.6kgm).

Ia menampilkan sistem pelinciran takungan basah, suntikan elektronik, 'overhead' berkembar serta camshaft yang menggunakan sistem masa, 4 injap pada setiap silinder, klac hidraulik dan kotak gear 6-kelajuan.

Rangka besi jejari yang menjanjikan pergerakan serba boleh pada tahap maksimum.

Reka bentuk oleh 'CentroStile Benelli' adalah padanan sempurna ditambah dengan garis harmoni selama tidak termasuk emosi tulen Benelli yang terkenal.

Di bahagian fender hadapan, dengan bangganya ia memaparkan ikon Singa Pesaro, pada tangki bahan api dan tempat duduk penunggang, kesemuanya menekankan elemen keperibadian Leoncino yang serba baru ini. Sistem ABS, peralatan digital dan projektor dengan teknologi LED membuat mesin ini sangat berkualiti tinggi.

Leoncino 500 serba baharu ini mewakili reka bentuk tulen yang direka dari kejujuran hati yang membawa konsep mencari gaya dan konsep yang asal, pada ketika yang sama semua motosikal klasik menyediakan gaya sporty dan tunggangan yang mengujakan.

Info:

Benelli Leoncino 500

  • Enjin empat lejang, penyejuk cecair, 500cc
  • Prestasi maksimum 47.6 CV (35kW) @ 8500 rpm, tork 45 Nm (4.6kgm)
  • Suspensi hadapan yang berdiameter 45mm, teknologi fork terbalik
  • Dipadankan dengan 4 omboh kaliper brek yang mencengkam cakera 320mm

Berita Harian X