Rabu, 24 Mei 2017 | 11:48am
Sharifah Sakinah

Sharifah Sakinah bergelar ibu

KUALA LUMPUR : Pelakon Sharifah Sakinah selamat melahirkan anak sulung menerusi pembedahan di sebuah hospital swasta di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Beliau menyambut kelahiran bayi perempuan diberi nama Anais Adha itu lewat dua minggu dari tarikh jangkaan bersalin.

Kelahiran anak pertama Sakinah, 27, itu dimaklumkan kakaknya, Sharifah Shahira, menerusi Instagramnya sebentar tadi.

"(Bayi) dilahirkan sekitar 9 pagi tadi, 3.1 kilogram, bayi perempuan rasanya nama Anais Adha.

"Dilahirkan menerusi kaedah pembedahan, dia tiada rasa sakit kerana sudah 'overdue' lebih dua minggu. Jenuh menunggu masa untuk bersalin.

"Alhamdulillah, mak dan ayah dapat cucu ke-17. Mak ayah Aliff pula menyambut cucu yang pertama," kongsi Shahira.

Bagaimanapun, posting itu dipadamkan tidak lama kemudian.

Sakinah dan Aliff mendirikan rumah tangga pada Mac 2015.

Berita Harian X