Isnin, 22 Mei 2017 | 12:14am

Warga emas lemas ketika memancing


MAYAT warga emas yang ditemui selepas dipercayai terjatuh ketika memancing di Gua Dendang, Kampung Tasik Pengkalan Hulu, petang tadi. - Foto ihsan bomba

PENGKALAN HULU: Seorang wanita warga emas ditemui mati lemas selepas tergelincir jatuh ke dalam sungai berhampiran Gua Gendang, Kampung Tasik, di sini petang tadi. 

Mayat mangsa, DM Plem Chai, 64, yang beralamat di Kampung Tambahan Tasek, Pengkalan Hulu, ditemui tersangkut pada dahan pokok di dasar sungai pada jam 6.40 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintedan Raduan Ibrahim berkata, pihaknya difahamkan mangsa yang memancing dengan saudaranya, tergelincir ketika menyeberangi sungai itu. 

"Mayat mangsa ditemui kira-kira 400 meter dari lokasi mangsa terjatuh. Ketika kejadian, kedalaman air sungai dianggarkan kira-kira 1.5 meter dan sangat deras," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat dan punca kematian mangsa adalah disebabkan mati lemas.

Berita Harian X