Selasa, 16 Mei 2017 | 9:56pm

Kebakaran jejas operasi Lapangan terbang Changi


PENUMPANG terpaksa dipindahkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, selepas satu kebakaran kecil berlaku di bangunan terminal. - Foto AFP

SINGAPURA: Ratusan penumpang terpaksa dipindahkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, selepas satu kebakaran kecil berlaku di bangunan terminal.

Asap dikatakan menyelubungi bangunan Terminal 2 akibat kebakaran itu, menyebabkan pasukan keselamatan mengosongkan kawasan berkenaan.

Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Polis Singapura dalam satu kenyataan berkata, kebakaran itu berlaku di balai berlepas Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.

"Kebakaran berjaya dipadamkan pada kadar segera oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF)," kata kenyataan itu.

Pengurusan Singapore Airlines berkata, kelewatan dijangka berlaku untuk semua penerbangan di balai berlepas dan balai ketibaan Terminal 2 susulan kejadian itu.

"Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa lapangan terbang dan beberapa agensi lagi untuk memastikan semua penerbangan dapat beroperasi semula secepat mungkin," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan. - AFP

Berita Harian X