Sabtu, 10 Januari 2015 | 12:25pm

Pasaran getah kekal berhati-hati minggu depan

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka kekal diniagakan secara berhati-hati minggu depan berikutan peserta melihat prestasi lemah ringgit ekoran penurunan pengeluaran getah oleh pengeluar getah asli utama.

Ringgit meningkat semula kepada 3.5610 pada Jumaat selepas berada pada paras terendah dalam tempoh lima setengah tahun pada 3.58 pada Rabu.

Peniaga berkata, prospek pasaran tempatan turut dipengaruhi oleh harga minyak mentah, serta prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 merosot 18.5 sen kepada 506.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat 7.5 sen kepada 386.5 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 jatuh 17.5 sen kepada 509.5 sen sekilogram dan susu getah pukal menokok 2.5 sen kepada 386.5 sen sekilogram.

- BERNAMA

Berita Harian X