Jumaat, 12 Mei 2017 | 12:55pm

'Gadis itu cuma kawan lama' - Aiman Tino


PENYANYI, Aiman Tino. - Foto Aziah Azmee

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Aiman Tino terkejut apabila gambar berdua dengan seorang kawan lamanya menjadi viral di media sosial hingga mencetuskan kontroversi.

Aiman atau Aiman Yusri Ishak,19, berkata, beliau tidak menyangka gambar yang dirakamkan sebagai kenangan ketika rakan perempuannya itu berkunjung ke kedainya disalah anggap.

"Sebenarnya, dia adalah teman lama saya...sebelum menceburi bidang nyanyian lagi. Dia ada datang memeriahkan persembahan dan selepas itu singgah pula ke kedai makan milik keluarga saya.

"Sudah tentu saya terkejut kerana gambar yang dirakamkan suka-suka itu disalah tafsir dan mencetuskan kontroversi. Apa pun saya enggan cepat melatah. Saya anggpa ini perkara kecil.

"Buat masa ini, saya belum ada insan istimewa di hati kerana fokus saya adalah kerjaya. Selain jadual kerja yang padat, saya juga masih muda...belum fikir hal cinta," katanya kepada BH Online.

Gambar penyanyi yang dikenali menerusi lagu Ku Rela Dibenci itu bersama seorang gadis bertudung menjadi viral di media sosial, baru-baru ini apabila ada pihak menyangka itu adalah kekasihnya.

Sementara itu, mengenai perkembangan kerjaya, Aiman berkongsi debaran dan rasa teruja menantikan detik malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 3.0, yang bakal berlangsung Ahad ini.

"Sebagai bakat baharu, mara ke peringkat akhir untuk dua kategori di ABPBH edisi ke-30 ini sudah cukup membanggakan," katanya.

ABPBH 3.0 berlangsung di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan disiarkan di TV3, bermula jam 9 malam.

15 dibaca
Berita Harian X