Khamis, 11 Mei 2017 | 7:36pm

Harga minyak dunia kembali meningkat

LONDON: Harga minyak meningkat hari ini, dengan penanda aras minyak mentah Brent diniagakan di atas AS$50 setong berikutan penurunan inventori Amerika Syarikat (AS) dan pemotongan lebih tinggi daripada jangkaan bekalan Arab Saudi ke Asia, menyebabkan pasaran menjadi sempit.

Brent berada 70 cent lebih tinggi pada AS$50.92 setong menjelang 0945 GMT.

Minyak mentah AS meningkat 75 cent pada AS$48.08.

"Kita menyaksikan penggunaan terbesar inventori AS bagi tahun ini minggu lalu dengan simpanan susut lebih daripada lima juta tong dan kelihatannya pemotongan pengeluaran oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) akhirnya memberi kesan," kata Ketua Ahli Strategi Pasaran AxiTrader, Greg McKenna.

OPEC dan pengeluar lain termasuk Russia bersetuju untuk mengurangkan output sebanyak hampir 1.8 juta tong sehari (bpd) pada separuh pertama tahun ini dalam usaha mengurangkan lambakan bahan api global.

Ia akan bermesyuarat 25 Mei ini untuk menentukan dasar pengeluaran bagi separuh kedua 2017 dan kebanyakan penganalisis menjangkakan pertubuhan itu akan melanjutkan pemotongan sekurang-kurangnya hingga akhir tahun ini. - Reuters

Berita Harian X