Jumaat, 9 Januari 2015 | 6:14pm

Saham KL terus meningkat, FBM KLCI naik 0.25 peratus


Saham di Bursa Malaysia agak tinggi pagi ini dengan penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.54 mata kepada 1,745.59 selepas dibuka naik 1.37 mata pada 1,745.42. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan peningkatan hari ini, hari kedua berturut-turut dengan penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 4.38 mata, atau 0.25 peratus kepada 1,732.44.

Petronas Chemicals adalah penyumbang utama kepada indeks, menambah 16 sen kepada RM5.06, dengan 1.60 juta saham diniagakan.

Penggerak utama lain ialah IHH Healthcare dan Maxis, yang menokok 10 sen setiap satu, masing-masing kepada RM4.87 dan RM6.90, PBB Group, meningkat 46 sen kepada RM14.26, manakala Sime Darby menambah lapan sen kepada RM9.18.

Seorang peniaga ekuiti berkata para pelabur mula meninjau saham berbaloi dengan harga dan bursa tempatan naik seiring dengan kebanyakan pasaran serantau yang setara dengan harapan data laporan pekerjaan AS, yang dijadualkan dikeluarkan malam ini, kukuh.

Bagi pasaran dalam negara, beliau berkata data eksport Malaysia bagi November 2014, yang lebih baik daripada jangkaan menjadikan lebihan dagangan negara pada paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun, berjaya menarik pembeli dan menyaksikan pasaran pulih.

Saham untung mengatasi rugi pada 424 berbanding 342 dengan 319 kaunter tidak berubah, 654 kaunter tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung. Jumlah dagangan melonjak kepada 1.72 bilion saham bernilai RM1.81 bilion berbanding 1.60 bilion saham bernilai RM1.84 bilion pada Khamis.

Indeks FBM Emas menokok 47.02 mata kepada 11,900.31, Indeks FBMT100 naik 46.37 mata kepada 11,636.47, manakala Indeks Syariah FBM Emas meningkat 69.76 mata kepada 12,449.34. FBM 70 melonjak 117.14 mata kepada 12,937.33, tetapi FBM Ace susut 32.04 mata kepada 5,811.97.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan menambah 9.51 mata kepada 3,162.11 manakala Indeks kewangan susut 19.24 mata kepada 15,180.13, dan Indeks Perladangan berkurangan 36.84 mata kepada 7,798.03.

Antara saham aktif diniagakan, Technodex susut tiga sen kepada 15.5 sen, Technodex Warrant (A) turun 2.5 sen kepada 5.5 sen, Hubline kekal pada empat sen, IFCA MSC merosot setengah sen kepada 82 sen, Asia Bioenergy Warrant (A) menambah setengah sen kepada 6.0 sen, dan HSI-H4 menyusut tiga sen kepada 88 sen, manakala Bumi Armada meningkat sembilan sen kepada RM1.20.

Jumlah dagangan pasaran utama berkurangan kepada 1.03 bilion saham bernilai RM1.60 bilion daripada 1.05 bilion saham bernilai RM1.64 bilion semalam. Di pasaran ACE, jumlah dagangan bertambah kepada 492.19 juta saham bernilai RM131.31 juta berbanding 376.30 juta saham bernilai RM121.23 juta sebelumnya.

Waran meningkat kepada 196.14 juta unit bernilai RM72.92 juta daripada 170.00 juta unit bernilai RM71.22 juta pada Khamis. Barangan pengguna menguasai 71.19 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (129.90 juta), pembinaan (37.66 juta), dagangan dan perkhidmatan (509.91 juta), teknologi (73.050 juta), infrastruktur (17.01 juta), SPAC (21.48 juta), kewangan (53.15 juta), hotel (4.73 juta), hartanah (91.12 juta), perladangan (11.01 juta), perlombongan (tidak diniagakan), REIT (6.68 juta), dan tertutup/dana (60,600). - BERNAMA

Berita Harian X