Khamis, 11 Mei 2017 | 12:40pm
PASUKAN penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields bersama Unit Forensik Polis Kontinjen Kuala Lumpur menjalankan siasatan dan pemeriksaan ke atas kereta yang ditinggalkan di hadapan sebuah bank di Jalan Telawi, Bangsar, pagi tadi. - Foto Safeek Affendy Razali

21 ditahan gaduh di Bangsar

PASUKAN penyiasat mengesan cap jari pada cermin kereta PERODUA Axia yang ditinggalkan di hadapan sebuah bank di Jalan Telawi, Bangsar, pagi tadi. - Foto Safeek Affendy Razali

KUALA LUMPUR: Polis menahan 17 lelaki dan empat wanita ditahan dipercayai terbabit dalam pergaduhan di Jalan Telawi, Bangsar, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.10 pagi itu, sekumpulan 30 lelaki dilaporkan bergaduh di hadapan sebuah restoran sebelum sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor, berkata sebuah kereta peronda (MPV) hampir dilanggar kereta jenis PERODUA Axia dalam keadaan cerminnya pecah.

"Kereta itu dipandu secara melulu seorang daripada lelaki yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan itu.

"Berikutan tindakan pemandu itu, pihak polis terpaksa melepaskan satu das tembakan dan mengenai kiri hadapan kereta berkenaan.

"Pada masa sama, sekumpulan anggota polis menahan beberapa kenderaan lain yang disyaki dinaiki individu yang terbabit dalam pergaduhan itu," katanya di sini, hari ini.

Walaupun terkena tembakan, katanya, pemandu Axia terbabit terus memecut ke arah sebuah bank di Jalan Telawi sebelum meninggalkan kenderaan berkenaan dan menghilangkan diri.

"Selain Perodua Axia, polis turut menahan dan merampas sebuah PERODUA Myvi dan Toyota Vellfire.

"Kita menahan 17 lelaki dan empat wanita termasuk dua warga Thailand," katanya.

Sharul berkata, pihaknya turut merampas tiga topi keledar, besi, pisau pemotong kertas, baton T, botol minuman keras dan jaket mempunyai kesan darah.

Kejadian turut menyebabkan seorang lelaki yang ditahan cedera di kaki akibat pergaduhan berkenaan.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh dan Seksyen 307 kanun yang sama atas kesalahan cubaan bunuh.

Berita Harian X