Khamis, 11 Mei 2017 | 7:50am
RAFAEL Nadal meraikan kemenangan selepas menundukkan Fabio Fognini 7-6 (7/3), 3-6, 6-4 pada pusingan kedua pada perlawanan pembukaan saingan Madrid Masters, di sini, sebentar tadi. - Foto EAP
Djokovic menundukkan Nicolas Almagro, 6-1, 4-6, 7-5 pada pusingan kedua pada perlawanan pembukaan saingan Madrid Masters, di sini, sebentar tadi. - Foto AP
RAFAEL Nadal menundukkan Fabio Fognini 7-6 (7/3), 3-6, 6-4 pada pusingan kedua pada perlawanan pembukaan saingan Madrid Masters, di sini, sebentar tadi. - Foto EAP

Djokovic, Nadal bergelut di aksi pembukaan


Djokovic meraikan kemenangan selepas menundukkan Nicolas Almagro, 6-1, 4-6, 7-5 pada pusingan kedua pada perlawanan pembukaan saingan Madrid Masters, di sini, sebentar tadi. - Foto AP

MADRID: Novak Djokovic dan Rafael Nadal dipaksa untuk bekerja keras pada perlawanan pembukaan saingan Madrid Masters, di sini, sebentar tadi.

Pada perlawanan pertama sejak berpisah dengan pasukan kejurulatihan lamanya, Djokovic berhempas pulas sebelum dapat menundukkan Nicolas Almagro, 6-1, 4-6, 7-5 pada pusingan kedua.

Nadal turut diheret hingga ke set ketiga sebelum menunjukkan jalan keluar kepada pencabarnya, Fabio Fognini 7-6 (7/3), 3-6, 6-4.

"Tahap saya tidak begitu baik hari ini, tetapi saya mampu melepasi pusingan pertama. Ia tidak begitu selesa. Ia hari yang tidak berapa baik, benar-benar berangin.

"Saya perlu melalui saat yang sukar dengan isu telinga (terkena jangkitan), yang sedikit mengganggu kestabilan. Tetapi ia bertambah baik," kata Nadal.

Djokovic tiba di ibu negara Sepanyol ini tanpa kelibat jurulatih selepas menamatkan hubungan 10 tahun dengan Marian Vajda dalam usaha mengatasi masalah kemerosotan.

Selepas permulaan yang agak panas, Djokovic bangkit daripada ketinggalan 3-0 dalam set penentuan untuk menempah tempat ke-16 terakhir menentang Feliciano Lopez, yang menewaskan Gilles Simon 6-3, 3-6, 7-6 (7/3).

"Saya masih mencari rentak untuk ke tahap lebih konsisten dan permainan berkualiti," kata Djokovic.

"Saya sedar saya tidak bermain di tahap terbaik, tetapi saya tetap percaya akan proses dalam diri saya. Sudah pasti peningkatan permainan akan seiring," kata Djokovic. - AFP

Berita Harian X