Rabu, 10 Mei 2017 | 5:40pm

Sakinah menghitung detik


SHARIFAH Sakinah sepatutnya melahirkan anak sulungnya hari ini.

KUALA LUMPUR: Jika mengikut perkiraan doktor, pelakon Sharifah Sakinah sepatutnya melahirkan anak sulungnya hari ini.

Bagaimanapun, belum ada tanda bagi Sakinah, 27, bersalin hingga saat ini, malah beliau sempat mengadakan majlis melenggang perut di sini, hari ini.

Ditemui di kediaman keluarganya di Taman Melawati petang tadi, pemilik nama penuh Sharifah Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired ini mengakui cukup teruja dan bersedia menyambut orang baharu.

Malah, anak perempuan sulungnya itu bakal diberi nama Anais Adha.

"Saya hanya menunggu masa bersalin. Kalau tidak hari ini, mungkin esok atau lusa," kata bintang video muzik Andainya Takdir dan Cinta Takkan Berakhir nyanyian Anuar Zain itu.


SAKINAH dan suami, Aliff Adha.

SAKINAH dan Aliff Adha mengadakan majlis melenggang perut hari ini.

Sakinah dan suami, Aliff Adha, sepakat memilih nama berkenaan untuk zuriat sulung mereka. Anais, katanya, membawa pelbagai maksud yang indah dalam beberapa bahasa.

"Perkataan Anais itu ada yang bermaksud rahmat, mulia dan anggun. Semoga ia memberi yang terbaik untuk anak kami ini, Insya-Allah," katanya.

Sakinah berkahwin dengan Aliff pada Mac 2015. Sebelum mengandung, beliau diuji apabila mengalami keguguran awal tahun lalu.

48 dibaca
Berita Harian X