Rabu, 10 Mei 2017 | 7:00am
ANTARA koleksi pakaian renda jenama Nami Lace Fashion. - Foto Ihsan Pembaca

Jualan renda raya di FMBH'17


KAIN renda jenama Nami Lace Fashion yang akan dipamerkan pada FMBH'17 nanti. - Foto Ihsan Pembaca

KUALA LUMPUR : Permintaan tinggi kain renda untuk busana membuatkan usahawan, Nurul Azwa Mohd Isa, mengambil peluang menyertai Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH'17) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), 2 hingga 4 Jun depan.

Nurul Azwa berkata, dulu kain renda sesuai untuk pengantin dan majlis tertentu saja, tetapi kini penggayaan lebih menyeluruh dan boleh dipakai untuk semua acara.

Katanya, corak dan motif dihasilkan dipelbagaikan yang menggunakan kain berkualiti untuk keselesaan pelanggan.

"Dulu corak sarat dengan warna terang menjadikan ia terhad digayakan. Kini kain renda yang dijual oleh Nami Lace Fashion boleh digayakan untuk pelbagai majlis termasuk pertunangan, perkahwinan dan pelbagai lagi," katanya kepada BH.


USAHAWAN, Nurul Azwa Mohd Isa. - Foto Ihsan Pembaca

Batu loncatan

Nurul Azwa berkata, selain kain renda dijual mengikut meter, beliau turut menjual blaus dan baju kurung menggunakan material sama.

"Memandangkan FMBH'17 diadakan menjelang Aidilfitri, saya menyediakan koleksi sedia dipakai bagi membolehkan pelanggan membeli nanti.

"Kain renda boleh digayakan ikut kesesuaian supaya tidak nampak terlalu sarat bagi menghadiri majlis berbuka puasa atau Aidilfitri nanti," katanya.

Beliau menerima tempahan secara dalam talian menerusi laman Instagram bagi memudahkan pelanggan memilih sendiri kain renda.

"Sepanjang FMBH'17, kami menawarkan warna kain renda mengikut fesyen terkini dengan warna pastel. Harga bermula RM100 hingga RM300 mengikut jenis kain renda," katanya.

Beliau berharap, FMBH'17 ini akan menjadi batu loncatan untuk memperkenalkan lagi kain renda di bawah jenama Nami Lace Fashion secara fizikal.

"Saya mahu pelanggan mengenali kami, selain membeli secara dalam talian," katanya yang berniaga sejak hampir lima tahun lalu.


ANTARA kain renda daripada jenama Nami Lace Fashion yang akan dijual pada FMBH'17 nanti. - Foto Ihsan Pembaca

Beliau berkata, mengenai kain renda, bagi memudahkan pelanggan, jenama fesyen itu menyediakan kain renda dua meter hingga dua meter setengah saja.

"Kebanyakan pelanggan tidak membuat sepasang baju dengan kain renda, dua meter sudah memadai untuk mereka gayakan mengikut cita rasa.

"Kami sangat prihatin dengan permintaan pelanggan dan mengimport kain renda dari Indonesia. Antara renda Korea, Jepun dan Perancis.

Untuk maklumat lanjut hubungi Hani dan Lisa, 014-6639447, 013-2112591, 018-2742140 dan 012-6088968 atau emel shuelliscomm@gmail.com

Berita Harian X