Isnin, 8 Mei 2017 | 12:49pm

PM ucap tahniah kepada Macron

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Emmanuel Macron yang memenangi pilihan raya Presiden Perancis selepas 65.31 peratus daripada undi dikira malam tadi, waktu tempatan.

Perdana Menteri turut menyuarakan harapan hubungan bilateral Malaysia-Perancis bakal diperkukuhkan menerusi tampuk kepemimpinan baharu diterajui Macron.

"Tahniah kepada Presiden baharu, @EmmanuelMacron (Macron). (Malaysia) teruja untuk terus memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua negara," katanya menerusi akaun Twitter rasminya, @NajibRazak, hari ini.

Kemenangan Macron yang juga calon bebas haluan sederhana disahkan data Kementerian Dalam Negeri Perancis, malam tadi, waktu tempatan.

Macron yang mengambil alih jawatan berkenaan daripada Francois Hollande dijadual mengangkat sumpah jawatan minggu depan di Istana Elysee, namun tarikhnya belum ditetapkan.

Berita Harian X