Isnin, 8 Mei 2017 | 12:29pm
DUA maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kereta di Kilometer 37, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Bukit Belah, Machang, jam 3 pagi tadi. - Foto ihsan Info Rakyat Dalam Kelantan (IRDK)

Mohd Faisal Pauzi

Nahas jalan raya ragut dua nyawa

AHLI keluarga Mohd Faisal Pauzi menunggu proses bedah siasat di bilik mayat Hospital Machang, hari ini. - Foto Nik Aminah Yazmeen Ramsa

MACHANG: Dua termasuk seorang anggota polis, terbunuh dalam nahas jalan raya membabitkan dua kereta di Kilometer 37, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Bukit Belah, Machang, awal pagi tadi.

Kemalangan jam 3 pagi itu turut menyebabkan tiga yang lain cedera termasuk dua parah.

Mangsa yang maut ialah Konstabel Mohd Faisal Pauzi, 31, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Seremban dan pemandu Perodua Kelisa, Mohd Zariff Che Zukri, 25.

Adik Mohd Faisal yang memandu Perodua Viva dinaiki, Konstabel Muhamad Amin, 25, dari IPK Kuantan, cedera parah manakala seorang lagi adiknya, Muhammad Amirun, 17, cedera tangan kanan.

Penumpang Kelisa, Nik Muhammad Arif Nik Musa, 24, dilaporkan patah tulang rusuk kanan.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Ab Ghani, berkata kereta dipandu Mohd Zariff dari arah Kuala Krai ke Kota Bharu dipercayai terbabas lalu memasuki laluan bertentangan.

"Ia menyebabkannya bertembung dengan Viva dinaiki tiga beradik itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Machang untuk dibedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X