Ahad, 7 Mei 2017 | 3:02pm

14 pintu rumah panjang hangus

LIMBANG: Seramai 14 keluarga rumah panjang Sateng di Kampung Meresan dekat Jalan Kubong Pandaruan, utara Sarawak, musnah terbakar jam 10 pagi tadi.

Ketua Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Limbang, Tiwang Lingem berkata, rumah panjang yang dihuni 101 mangsa itu tidak dapat diselamatkan memandangkan struktur rumah adalah kayu dan mudah terbakar.

"Jarak rumah panjang itu dari pusat bandar ialah 38 kilometer. Seramai 13 anggota bomba dan penyelamat terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran itu," katanya, hari ini.

Beliau berkata, jentera bomba mengalami kesukaran tiba ke lokasi kerana laluan dipisahkan oleh sebatang sungai yang hanya boleh dihubungkan menggunakan jambatan gantung.

Berita Harian X