Sabtu, 6 Mei 2017 | 12:21pm

Jenazah Norizman selamat dikebumikan

SEREMBAN: Jenazah pelumba Cub Prix, Norizman Ismail, 32, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sendayan, Sendayan, di sini, jam 11.15 pagi tadi.

Norizman yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor, meninggal dunia selepas terjatuh di selekoh pertama ketika ujian masa CP150 di Litar Lumba Bandar Baru Kijal, Terengganu, petang semalam.

Lebih 200 ahli keluarga dan rakan sepasukan hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Terdahulu, jenazah tiba dari Kemaman di rumah ibu mentuanya di Taman Nusari Bayu, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi.

Jenazah kemudian dibawa ke Surau Nusari Bayu 2 untuk dimandi serta disembahyangkan.


Allahyarham Norizman Ismail pelumba Cup Prix di bawa keluar rumah untuk dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kampung Sendayan. NSTP/HASRIYASYAH SABUDIN
Anak perempuan Nurul Qistina 6, dan Nurul Aida Adha Reduan isteri kepada Allahyarham Norizman Ismail berdoa selepas pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sendayan. NSTP/HASRIYASYAH SABUDIN
Anak sulong Allahyarham Norizman Ismail, Mohd Arif Iman 12 (dua kanan) menyiram air mawar ke atas kubur ayah mereka di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sendayan. NSTP/HASRIYASYAH SABUDIN
Berita Harian X