Jumaat, 5 Mei 2017 | 10:35pm
SEBAHAGIAN penyokong setia berkumpul di Stadium Shah Alam. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
SEBAHAGIAN anggota penyelamat melakukan perbincangan sebelum menaiki bas menjelang aksi perlawanan Piala Sultan Selangor 2017 di Singapura. - Foto Muhammad Sulaiman

Tiket, bas ke Singapura masih banyak - Karim Munisar


PANDANGAN dari udara bas yang membawa penyokong Selangor ke Stadium Nasional Singapura mula memenuhi perkarangan Stadium Shah Alam.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Penganjur Piala Sultan Selangor, Tan Sri Abd Karim Munisar menjelaskan penyokong Selangor masih berpeluang untuk menyaksikan pertandingan itu di Stadium Nasional, Singapura, esok.

Beliau berkata, masih terdapat beberapa kekosongan dalam bas yang membawa penyokong sambil memberi jaminan tiket perlawanan akan diberikan.

"Kepada semua penyokong Piala Sultan Selangor, usaha kita merancang yang terbaik untuk semua tapi tak dapat dielakkan wujud sedikit kesulitan yang tak dijangka.

"Setengah bas ada yang masih kosong dan mereka yang ada pasport individu boleh menaikinya. Soal tiket perlawanan jangan menjadi penghalang, ia akan diberikan dalam bas.

"Saya mendoakan perjalanan selamat sampai ke Singapura," katanya dalam satu kenyataan ringkas, sebentar tadi.

Penganjuran Piala Sultan Selangor bagi edisi kali ini menampilkan acara baharu iaitu Piala Cabaran Sekolah-Sekolah Selangor - Singapura Bawah 16 Tahun (B-16) khusus untuk menyuntik inspirasi kepada generasi muda agar menjadi sehebat idola mereka.


SEBAHAGIAN penyokong setia Selangor dalam konvoi 100 bas yang berkumpul di Stadium Shah Alam sebelum bergerak bagi menyaksikan perlawanan Piala Sultan Selangor 2017 di Singapura. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

GELAGAT penyokong ketika berada di dalam bas. - Foto Muhammad Sulaiman

Malah, Abd Karim sebelum ini mengesahkan kira-kira 110 buah bas ditempah dan yakin jumlah itu bakal bertambah berikutan sambutan hangat daripada penyokong yang mahu menyaksikan pertembungan dua pencabar tradisi itu.

Bagi edisi kali ini juga, skuad PKNS FC dipilih buat pertama kali mewakili Selangor bagi saingan Piala Sultan Selangor untuk edisi ke-16.

Sebelum ini Piala Sultan Selangor pernah diwakili pasukan kelab, Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) FC ketika beraksi di Singapura yang kali terakhir menjadi tuan rumah pada 2004.

Pada aksi Piala Sultan Selangor edisi ke-15 yang berlangsung 7 Mei tahun lalu, skuad Veteran Selangor menewaskan Veteran Singapura 2-0, namun kecemerlangan itu gagal diteruskan Pilihan Selangor yang tewas menerusi penentuan penalti 4-3 selepas terikat 1-1 dalam aksi 90 minit.

Berita Harian X