Jumaat, 5 Mei 2017 | 7:31pm
RINGGIT terus ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat hari ini. - Foto hiasan

Ringgit ditutup lebih rendah

KUALA LUMPUR: Ringgit terus ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini disebabkan permintaan lebih baik terhadap dolar AS.

Pada 6 petang, ringgit disebut pada 4.3350/3400 berbanding dolar AS daripada 4.3260/3290 semalam.

Ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang utama.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0856/0896 daripada 3.0940/0981 tetapi susut berbanding yen kepada 3.8616/8671 daripada 3.8300/8337 semalam.

Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.6052/6129 daripada 5.5792/5844 dan lebih rendah berbanding euro pada 4.7490/7562 daripada 4.7292/7338. - BERNAMA

Berita Harian X