Jumaat, 5 Mei 2017 | 10:11am

Ringgit masih didagangkan rendah

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan siri kerugiannya apabila dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Ia susulan langkah pelabur bertukar arah ke dolar AS, dengan kemungkinan kenaikan kadar faedah baharu pada Jun.

Pada jam 9.05 pagi, mata wang itu didagangkan kepada 4.3350/3400 berbanding 4.3260/3290, semalam.

Ringgit juga didagang lebih lemah berbanding mata wang lain.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0944/0985 daripada 3.0940/0981, semalam.

Lebih rendah berbanding yen Jepun kepada 3.8482/8540 daripada 3.8300/8337 sebelumnya.

Ringgit turut lebih rendah berbanding pound British kepada 5.6017/6095 daripada 5.5792/5844, semalam.

Ia turut jatuh berbanding euro kepada 4.7581/7640 daripada 4.7292/7338. - BERNAMA

Berita Harian X