Khamis, 8 Januari 2015 | 10:49am
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Tan Sri Sabri Ahmad

Bekas CEO FGV, Tan Sri Sabri Ahmad meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Tan Sri Sabri Ahmad meninggal dunia kira-kira jam 5 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.

Beliau menerajui FGV dari Julai 2010 hingga Julai 2013. Beliau sebelum ini dilaporkan menghidap kanser.

Selain FGV, Sabri pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Golden Hope Plantations Bhd (dahulunya Harrison Malaysian Plantations Berhad) dari Januari 2004 hingga November 2007.

Beliau menyertai Kumpulan Golden Hope pada tahun 1985 sebagai Pengurus Pemasaran dan Penyelidikan dan kemudian memegang pelbagai jawatan termasuk Pengarah Kumpulan Perusahaan 2002-2003, Pengarah Kumpulan Perniagaan Agro 1999-2002, Pengarah Operasi Luar Negeri / Pemasaran Kumpulan 1993-1999, Pengarah Pemasaran (1990-1992) dan Pemangku Pengarah Pemasaran sejak tahun 1990.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Pemasaran Makanan Kementerian Pertanian 1970-1972 dan berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Perikanan Malaysia 1973-1984.

Berita Harian X