Ahad, 30 April 2017 | 7:30am

Perodua Bezza tingkat kemasan, harga sama


BEZZA dengan ciri dipertingkatkan ditawar tanpa peningkatan harga.

PERODUA Bezza yang memenangi anugerah 'Kereta Malaysia Terbaik' Frost & Sullivan 2017 ditingkatkan lagi cirinya untuk memberi lebih nilai kepada pengguna, namun masih mengekalkan harga yang sama.

Peningkatan ciri itu termasuk kemasan krom platinum bagi varian Premium X dan Versi Advance.

Sempena memperingati pengiktirafan terhadap model terbaharu dalam keluarga Perodua itu, Versi Advance juga didatangkan dengan reka bentuk kerusi kulit baharu.

"Ciri dipertingkatkan ini ditawarkan tanpa peningkatan harga dan boleh didapati di semua bilik pameran kami di seluruh negara. Kami mengalu-alukan semua orang datang ke premis jualan kami untuk mengetahui lebih lanjut," kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin dalam satu kenyataan.

Selain memenangi anugerah 'Kereta Malaysia Terbaik' Perodua Bezza turut memenangi anugerah 'Kereta Penampilan Baharu' Frost & Sullivan 2017.

Perodua Bezza didatangkan dalam lima varian iaitu 1.0L transmisi manual dan automatik, 1.3L 'Premium X' transmisi manual dan automatik dan 1.3L 'Versi Advance' transmisi automatik.

Perodua telah menjual lebih daripada 50,900 model Bezza sejak ia dilancarkan pada tahun 2016.

95 dibaca
Berita Harian X