Selasa, 25 April 2017 | 10:31pm

Tentera Turki bunuh 20 pejuang Kurdis


PESAWAT pejuang tentera Turki. - Foto AP

BEIRUT: Bedilan pesawat pejuang tentera Turki mengorbankan lebih 20 pejuang Kurdis di Syria dan Iraq.

Kumpulan terbabit dikaitkan dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK), yang diharamkan di negara itu.

Menurut kenyataan Turki, pihaknya melancarkan serangan ke atas kubu kuat pengganas di timur laut Syria dan utara Iraq.

Serangan di timur laut Syria menyasarkan Unit Perlindungan Rakyat Kurdis (YPG), yang mengetuai serangan ke atas kubu kuat Daesh di Raqa, yang membunuh sekurang-kurangnya 18 orang.

Di utara Iraq, tentera Turki membunuh enam pejuang Peshmerga daripada kerajaan autonomi Kurdis. - AFP

16 dibaca
Berita Harian X