Selasa, 25 April 2017 | 9:19pm
DUA beradik yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 12, Jalan Pasir Besar-Rompin, dekat bandar Gemas, petang tadi. - Foto ihsan pembaca
BOMBA mengangkat wanita yang cedera dalam kemalangan mengorbankan dua beradik di Kilometer 12, Jalan Pasir Besar-Rompin, dekat bandar Gemas, petang tadi. - Foto ihsan pembaca

Dua beradik maut kemalangan


KEADAAN dua kereta yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan dua beradik di Kilometer 12, Jalan Pasir Besar-Rompin, dekat bandar Gemas, petang tadi. - Foto ihsan pembaca

GEMAS: Dua beradik, masing-masing berusia 14 tahun dan 11 tahun, maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 12, Jalan Pasir Besar-Rompin, dekat bandar ini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 5.23 petang itu, kedua-dua mangsa, masing-masing lelaki dan perempuan, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada kepala dan beberapa bahagian badan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, M Danapala, berkata ibu mangsa yang tersepit di dalam kereta itu mengalami kecederaan pada kepala, manakala dua adik mereka berusia tujuh tahun dan sembilan tahun, cedera ringan.


KEADAAN kereta dan mangsa yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan dua beradik di Kilometer 12, Jalan Pasir Besar-Rompin, dekat bandar Gemas, petang tadi. - Foto ihsan pembaca

"Kita mengeluarkan ibu mangsa yang tersepit di dalam kereta itu dan menghantarnya ke hospital. Dua kanak-kanak lagi sudah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum bomba tiba," katanya ketika dihubungi, di sini, sebentar tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak, berkata kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki keluarga itu hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan sebelum bergesel dengan sebuah kereta lain.

41 dibaca
Berita Harian X