Selasa, 6 Januari 2015 | 8:29pm

Tenis: Sharapova buat langkahan mantap di Brisbane

BRISBANE: Maria Sharapova membuat permulaan mantap bagi musim baharu tenis dengan membelasah Yaroslava Shvedova 6-0 6-1 pada Kejohanan Antarabangsa Brisbane, hari ini.

"Ia sudah pasti satu permulaan baik selepas tidak beraksi dalam perlawanan beberapa bulan lalu," katanya selepas kemenangan pada pusingan kedua itu .

Sharapova hadir dalam keadaan fizikal lebih baik selepas rehat panjang apabila tersingkir awal di Kejuaraan WTA di Singapura, Oktober lalu.

Dalam pusingan kedua itu dia menguasai gelanggang dan hanya memerlukan 63 minit untuk menang.

Dalam halangan berikut, Sharapova akan menentang pemenang perlawanan membabitkan pilihan ketujuh dari Sepanyol, Carla Suarez Navarro atau pemain Croatia, Mirjana Lucic-Baroni.

Terdahulu, pemain pilihan ketiga dari Jerman, Angelique Kerber kekal dalam laluan untuk mara ke separuh akhir menentang Sharapova selepas membenamkan pemain Russia, Daria Gavrilova 6-3, 7-5. - AFP

INFO

Keputusan pusingan kedua

Maria Sharapova (RUS) mn Yaroslava Shvedova (KAZ) 6-0, 6-1.

Angelique Kerber (GER) mn Daria Gavrilova (RUS) Russia, 6-3, 7-5

Elina Svitolina (UKR) mn Ajla Tomljanovic (CRO) 6-3, 6-2

Varvara Lepchenko (AS) mn Madison Keys (AS) 6-4, 6-4

Berita Harian X