Selasa, 25 April 2017 | 7:00am

Telekung tidak panas di FMBH17


SEMUA telekung dihasilkan berjenama Telekung Maryati adalah buatan tangan sepenuhnya.

KUALA LUMPUR: Teruja untuk berkongsi keselesaan telekung menggunakan material daripada span poliester membuatkan usahawan telekung, Siti Salbiah Raduan, 40, mengambil peluang menyertai Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH'17), awal bulan depan.

Kebiasaannya wanita kurang menitikberatkan fabrik telekung tetapi demi kelainan dan keselesaan ketika bersolat, material span poliester adalah pilihan terbaik ditawarkan di FMBH'17 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), bermula 2 hingga 4 Jun depan.

"Memang ada di pasaran telekung menggunakan material ini tetapi ia juga mempunyai gred tersendiri. Untuk telekung yang kami tawarkan, ia gred terbaik dan diimport.

"Material digunakan lembut dan sejuk apabila digunakan ketika bersolat. Memang berbeza daripada material lain," katanya kepada BH.

Beliau berkata, selain menawarkan fabrik berkenaan, semua telekung dihasilkan berjenama Telekung Maryati adalah buatan tangan sepenuhnya dan mempunyai ukuran bagi pelanggan yang datang ke butiknya iaitu Butik Marzenia di Bangi.

"Telekung kami juga berbeza daripada kebiasaan kerana di bahagian dagu tidak mempunyai getah bagi memastikan ia terletak di muka jika telekung tertarik dan sebagainya.

"Bagi pelanggan yang ingin menempah secara dalam talian pula, kami akan pastikan pelanggan mengukur lilit muka terlebih dulu," katanya.

Harga ikut bajet

Siti Salbiah berkata, terdapat enam pilihan Telekung Maryati dihasilkan mengikut bajet manakala Telekung Eksklusif 2.0 dan 1.0 dihasilkan dengan perbezaan pada hiasan renda.

"Ada renda yang lebih besar, renda timbul yang sesuai dijadikan sebagai hantaran, bercorak comel dan sebagainya. Tiga jenis telekung ini semuanya berwarna hitam dan putih saja.

"Telekung Maryati Petals pula mempunyai 10 warna dan hiasan renda mengikut warna seperti hijau, coklat dan ungu," katanya.

Katanya, pihaknya juga menawarkan Telekung Maryati Aulad untuk kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun, hanya berwarna putih dan bagi yang inginkan klasik, telekung kain kapas juga ditawarkan.

"Turut ditawarkan, telekung ziarah bagi yang ingin menunaikan umrah dan haji yang dihasilkan untuk memudahkan jemaah menjalankan aktiviti di sana serta mini sejadah.

"Semua koleksi ditawarkan ini bermula pada harga RM80 hingga RM230, bersaiz dari XS hinga XL," katanya.


TELEKUNG Maryati Aulad untuk kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun.

Kali pertama

Bagi menambah pelbagai pilihan kepada pelanggan, Siti Salbiah juga menawarkan selendang bersaiz dua meter menggunakan dua jenis kain iaitu sifon georgette dan satin sutera.

"Corak bagi selendang ini adalah bunga-bungaan dan juga marble. Harganya pula bermula RM25 ke atas," katanya.

Memandangkan FMBH'17 diadakan ketika bulan Ramadan, beliau berharap sambutan diterima daripada orang ramai sangat menggalakkan.

Kali pertama, FMBH diadakan di Zebra Square Kuala Lumpur, pada 23 November 2014 berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung, manakala kali kedua, di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, Kuala Lumpur (24 dan 25 Oktober 2015), lebih 25,000 orang.

INFO
Fiesta Muslimah BH 2017

  • Berkonsepkan pasar lokal.
  • Menyediakan 130 gerai jualan pelbagai produk khususnya fesyen Muslimah.
  • Maklumat lanjut hubungi Hani dan Lisa, 014-6639447, 013-2112591, 018-2742140 dan 012-6088968.
  • Emel : shuelliscomm@gmail.com
Berita Harian X