Isnin, 24 April 2017 | 11:13am

5 maut dalam kebakaran


LIMA, termasuk tiga kanak-kanak maut dalam kebakaran sebuah rumah tengah hari semalam di New York City, yang kemudian merebak ke rumah lain dan mencederakan jiran mangsa. - Foto AP

NEW YORK: Lima, termasuk tiga kanak-kanak maut dalam kebakaran sebuah rumah tengah hari semalam di New York City, yang kemudian merebak ke rumah lain dan mencederakan jiran mangsa.

Kebakaran berlaku sejurus selepas jam 2.30 petang waktu tempatan di kawasan kejiranan Queens Village.

Rumah dua tingkat itu musnah dijilat api. Rakaman berita televisyen menunjukkan api marak menerusi bumbung dan memusnahkan bilik bahagian atas rumah.

"Ini satu bencana bagi keluarga itu. Banyak yang kita perlu ketahui mengenai apa yang berlaku," kata Datuk Bandar, Bill de Blasio.


RUMAH dua tingkat itu musnah dijilat api. Rakaman berita televisyen menunjukkan api marak menerusi bumbung dan memusnahkan bilik bahagian atas rumah.

Katanya, api merebak dengan amat pantas.

Pesuruhjaya Bomba, Daniel Nigro, berkata saksi melaporkan mendengar beberapa letupan besar, dan melihat seseorang jatuh dari tingkap rumah dua tingkat itu.

Mangsa, seorang lelaki berusia 46 tahun, jatuh ke atas bumbung anjung sebelum terhempas ke halaman rumah, tetapi selamat.

"Ia kejadian terburuk saya saksikan dalam hidup. Individu yang mengeluarkan mayat kanak-kanak, anda dapat melihat ketegangan pada wajahnya.

"Saya menjadi emosi kerana saya seorang datuk dan saya juga ada anak," kata jiran mangsa, Foster McPhee, 67.

Nigro berkata, mangsa berusia antara 2 dan 21 tahun, termasuk seorang lagi yang lebih berusia. - AP

Berita Harian X