Selasa, 6 Januari 2015 | 1:14pm

ETCM lancar Nissan Almera baharu

KUALA LUMPUR: Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) melancarkan Nissan Almera berwajah baharu dengan ciri-ciri agresif dan aerodinamik.

Model itu antara lain mengetengahkan bamper depan reka bentuk baharu dengan gril depan tiga dimensi serta lampu depan berbilang reflektor," kata ETCM dalam satu kenyataan.

Mengikut, ETCM setakat ini ada kira-kira 56,000 unit Almera atas jalan.

Harga kereta itu ialah RM66,900 (varian Manual E), RM69,900 (varian Automatik E), RM76,900 (varian V) dan RM79,900 (varian VL) atas jalan dengan insurans, selain tempoh jaminan tiga tahun atau 100,000 kilometer perbatuan. - BERNAMA

Berita Harian X