Khamis, 20 April 2017 | 7:22pm

Bapa Pengarang Berita HM meninggal dunia


PENGARANG Berita Harian Metro, Badrila Jamlus (tiga dari kiri) mengangkat jenazah bapanya, Allayarham Jamlus Mohd Yusof untuk upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Manggis, Banting. - Foto Muhammad Sulaiman

BANTING: Bapa kepada Pengarang Berita Harian Metro, Barila Jamlus, menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di kediamannya di Kampung Sungai Manggis di sini, hari ini.

Jamlus Mohd Yusof, 77, yang menghidap kanser hati menghembuskan nafas terakhir jam 1.55 tengah hari tadi.

Badrila, 43, berkata tahap kesihatan Allahyarham semakin merosot sejak minggu lalu.

"Bapa saya disahkan menghidap kanser hati Februari lalu dan mendapatkan rawatan lanjut di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Cheras sebelum dipindahkan ke Hospital Banting awal bulan ini.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Manggis selepas solat jenazah di Masjid Ar-Rahman, di sini, kira-kira jam 5.45 petang.

Allahyarham meninggalkan isteri, Ainon Saibudin, 75, selain empat anak dan 16 cucu.

54 dibaca
Berita Harian X