Rabu, 19 April 2017 | 8:09pm

Unit AirAsia beli ekuiti dalam Touristly Travel

KUALA LUMPUR: Unit AirAsia Bhd, AirAsia Investment Ltd (AAIL), memperoleh 50 peratus kepentingan dalam Touristly Travel Sdn Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia Securities Bhd hari ini, AirAsia berkata ia sudah melaksanakan perjanjian langganan saham (SSA) dan perjanjian pemegang kepentingan (SHA) dengan Touristly Travel hari ini.

"SSA membabitkan langganan 50 peratus saham biasa dalam Touristly Travel dan SHA, yang ditandatangani antara pemegang kepentingan, bagi mengurus hubungan antara pihak dalam Touristly Travel," katanya.

Nisbah pemegangan saham pihak terbabit pada AAIL (50 peratus), Aaron Ram Sarma (20.7 peratus), Jeffrey Saw Meng Lai (13.6 peratus), Wong Chin Kit (1.4 peratus, Netrove Ventures Corp (9.6 peratus) dan Tune Labs Sdn. Bhd. (4.8 peratus).

AAIL dan Touristly Travel juga memeterai perjanjian pinjaman boleh tukar dengan AAIL akan menyediakan pinjaman boleh tukar sebanyak RM5 juta, katanya. - BERNAMA

Berita Harian X