Rabu, 19 April 2017 | 4:56pm
JULAIHA Senin, 36. - Foto Ihsan PDRM
MOHD Fadzil Noh. - Foto Ihsan PDRM
DUA maut, manakala tiga yang lain cedera parah selepas tiga kenderaan termasuk sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ terbabit kemalangan dalam kejadian di Kilometer 24, Bukit Tiga, Jalan Mawai-Kuala Sedili, Kota Tinggi. - Foto Ihsan PDRM

2 maut, 3 parah nahas 3 kenderaan

DUA maut, manakala tiga yang lain cedera parah selepas tiga kenderaan termasuk sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ terbabit kemalangan dalam kejadian di Kilometer 24, Bukit Tiga, Jalan Mawai-Kuala Sedili, Kota Tinggi. - Foto Ihsan PDRM

KOTA TINGGI: Dua maut manakala tiga cedera parah membabitkan nahas tiga kenderaan dalam kejadian di Kilometer 24, Bukit Tiga Jalan Mawai-Kuala Sedili, dekat sini petang, semalam.

Dalam kejadian jam 5.35 petang, pemandu Perodua Alza, Mohd Fadzil Noh, 37, dan penumpang hadapan kenderaan terbabit, Julaiha Senin, 36, meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala penumpang belakang, Ramadan Satri, 33, cedera parah.

Turut mengalami kecederaan parah ialah pemandu pacuan empat roda, Mohamad Azrul Hamdi Rosman, 17, dan penunggang motosikal Fazidatulakhmar Safiee, 35, yang kemudian dibawa ke Hospital Kota Tinggi, di sini untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Superintendan Rahmat Othman, berkata kemalangan dipercayai akibat kecuaian pemandu pacuan empat roda yang dalam perjalanan ke arah Kota Tinggi memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Alza dipandu Mohd Fadzil.

"Pada masa sama, motosikal terbabit yang berada di belakang Perodua Alza tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang kereta terbabit. 

"Akibat pelanggaran itu, pemandu dan penumpang hadapan Perodua Alza meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Rahmat berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X