Selasa, 18 April 2017 | 11:49pm

12 maut, helikopter polis terhempas

ISTANBUL: Sebuah helikopter polis Turki terhempas di kawasan pergunungan di timur negara itu hari ini, menyebabkan 12 penumpang dan anak kapal terbunuh, termasuk seorang hakim dan pegawai polis.

Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu, berkata nahas berpunca daripada cuaca buruk.


HELIKOPTER Sikorsky terhempas kira-kira jam 11.40 pagi waktu tempatan di wilayah Tunceli.

"Faktor lain nahas tidak timbul," katanya sambil menafikan helikopter itu diserang.

Helikopter Sikorsky yang membawa tujuh pegawai polis, seorang hakim dan seorang berpangkat sarjan serta tiga kru, terhempas kira-kira jam 11.40 pagi waktu tempatan di wilayah Tunceli, kata pejabat gabenor dalam kenyataan terdahulu.

Tiada isyarat diterima daripada helikopter terbabit 10 minit sejurus berlepas dan dipercayai terhempas kerana cuaca buruk. - AFP

Berita Harian X