Selasa, 18 April 2017 | 11:33am

UEM Group lantik Noorazman Timbalan Pengerusi


LEMBAGA Pengarah UEM Group Bhd melantik Datuk Noorazman Abdul Aziz sebagai Timbalan Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat itu berkuat kuasa 14 April lalu.

KUALA LUMPUR: Lembaga Pengarah UEM Group Bhd melantik Datuk Noorazman Abdul Aziz sebagai Timbalan Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat itu berkuat kuasa 14 April lalu.

Kumpulan prasarana dan perkhidmatan berasaskan kejuruteraan itu berkata Noorazman telah lama menganggotai lembaga pengarah UEM Group, dilantik pada 15 November 2010.

Ketika ini beliau juga adalah Pengarah Eksekutif, Pelaburan Khazanah Nasional Bhd dan Pengarah Eksekutif Pengawasan Khazanah Turkey Regional Office, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Noorazman menyertai Khazanah pada Mei 2010 selepas berkhidmat di Fajr Capital Ltd, syarikat penerima pelaburan Khazanah, sebagai Pengarah Urusan selama dua setengah tahun.

Sebelum itu, beliau memegang pelbagai jawatan dalam perbankan dan kewangan termasuk dengan Citigroup, Bank Islam Malaysia Bhd, Bursa Saham Kuala Lumpur dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan. - BERNAMA

Berita Harian X