Isnin, 5 Januari 2015 | 4:39pm

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor pada 23 Mac


Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli (kiri) bersama Datuk Latiff Yusof menunjukkan Logo Rasmi Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada sidang media di Johor Bahru hari ini. - Foto Zain Ahmed

JOHOR BAHRU: Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar akan diadakan di Istana Besar Johor pada 23 Mac ini.

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata Sultan Ibrahim turut berkenan memberi gelaran baru kepada isteri baginda, Raja Zarith Sofiah dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor yang pertama kali digunakan di negeri ini.

Katanya, 23 Mac juga diumumkan sebagai cuti umum bagi tahun ini dan sekurang-kurangnya sembilan istiadat sempena permahkotaan akan diadakan bermula 16 Mac ini dan sambutan dijangka berlangsung selama tiga bulan.

Berita Harian X