Isnin, 5 Januari 2015 | 3:51pm

Lima pelajar dipercayai terbabit buli diambil keterangan - polis

ALOR SETAR: Polis Kedah mengesahkan sudah memanggil semua lima pelajar yang terbabit dalam klip video buli di sebuah sekolah rendah di sini yang tersebar sehingga menjadi viral di Facebook dan Youtube.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Nashir Ya, berkata semua pelajar berkenaan pelajar berusia 13 tahun bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.

Sebelum ini video yang memaparkan seorang murid tahun enam dibuli sekumpulan rakan seusia mereka menjadi viral di laman sosial.

Video itu selama seminit 51 saat menerima kira-kira 82,000 tontonan melalui Facebook dan Youtube.

Polis juga menerima empat laporan hingga semalam membabitkan kes buli termasuk satu daripadanya dibuat keluarga murid itu, Sabtu lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

20 dibaca
Berita Harian X