Isnin, 17 April 2017 | 11:33am

Penyamun bunuh wanita 65 tahun


JORIAH (gambar kecil) ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Baru Rompin, petang semalam. - Foto Abnor Hamizam

BANDAR SERI JEMPOL: Seorang wanita berusia 65 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Baru Rompin di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, berkata, dalam kejadian jam 5.45 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Joriah Ahmad, ditemui anaknya dalam keadaan terbaring berlumuran darah.

"Siasatan awal mendapati, mangsa cedera parah pada kepala, manakala televisyen dan telefon bimbit miliknya di dalam rumah itu hilang, dipercayai dilarikan suspek.

"Polis masih menyiasat lanjut kejadian itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di Seremban, untuk bedah siasat.


JENAZAH Joriah dibawa keluar dari Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk majlis pengebumian. - Foto Hazreen Mohamad
Berita Harian X