Isnin, 17 April 2017 | 6:33am

Lelaki siar pembunuhan di Facebook diburu

 

CHICAGO: Seorang lelaki disyaki menyiarkan pembunuhan di Facebook sedang diburu oleh polis di bandar Cleveland, Ohio, Amerika Syarikat (AS).

Polis yang mengesahkan perkara itu berkata, suspek menyiarkan pembunuhan terbabit dalam Facebook Live.

"Suspek menyiarkan insiden pembunuhan di Facebook Live dan mendakwa mengaku melakukan pelbagai pembunuhan lain yang belum disahkan," kata polis di Twitter ketika memburu Steve Stephens.

Polis di bandar barat tengah AS berkata, suspek berusia 37 tahun melarikan diri menaiki kereta Ford Fusion dengan nombor plet sementara.

Sesetengah laporan media mendakwa, Stephens dengan bangganya menulis di Facebook, dia membunuh lebih 12 orang dalam tragedi Hari Easter. -AFP

 


STEVE Stephens disyaki menyiarkan pembunuhan di Facebook sedang diburu oleh polis di bandar Cleveland, Ohio, Amerika Syarikat (AS).- Foto AP
Berita Harian X