Selasa, 26 Ogos 2014 | 3:38pm
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat cuba mengeluarkan pemandu dan kelindan lori yang maut selepas kenderaan yang membawa muatan gas Oxy dipandunya merempuh sebuah lori lain. - Foto Arifin Salleh
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus mengeluarkan pemandu dan kelindan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 177.8 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Jasin. - Foto Arifin Salleh

Pemandu lori dan kelindan maut nahas dekat Jasin

JASIN: Seorang pemandu lori dan kelindannya maut selepas kenderaan membawa muatan gas Oxy dipandunya merempuh sebuah lori sarat muatan besi buruk di Kilometer 177.8 Lebuh Raya Utara Selatan di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.15 pagi arah utara itu, pemandu, Mohd Kamarulazrin Zakaria, 20, dan kelindannya, Mohd Noorazli Abd Talib, 37, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan.

Kedua-dua mayat mangsa yang tersepit itu berjaya dikeluarkan oleh sepasukan anggota bomba dalam tempoh sejam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat.

Berita Harian X