Ahad, 4 Januari 2015 | 5:20pm
PENGURUS Chelsea, Jose Mourinho kelihatan berang selepas kekalahan pasukannya kepada Tottenham Hotspur pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, 1 Januari lepas. - Foto EPA

Kejutan mungkin terjadi di pusingan tiga Piala FA - Mourinho

LONDON: Jose Mourinho percaya ada penyingkiran mengejutkan pada pusingan ketiga Piala FA akibat jadual perlawanan padat Liga Inggeris ketika musim cuti.

Skuad bimbingan Mourinho, Chelsea dijadualkan bertemu kelab Liga Kejuaraan, Watford malam ini.

Pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham Hotspurs pada tahun baharu lepas, Chelsea yang juga pendahulu liga tumbang 5-3.

Keputusan itu mencetus berang Mourinho yang percaya perlawanan Piala FA yang berselang beberapa hari antara perlawanan paling menarik dengan fakta kelab di Liga Kejuaraan mampu mencabar kerana tidak beraksi pada tahun baharu.

"Kelab Liga Kejuaraan berada dalam keadaan lebih baik berbanding kelab Liga Perdana," kata Mourinho. "Begitupun seperti biasa, kelab Liga Perdana memiliki lebih potensi dan kualiti, jadi mungkin ia salah satu cara untuk menjadikannya sama rata.

"Satu pasukan memiliki kualiti dan satu lagi pasukan berada dalam keadaan segar dan bersedia untuk permainan. Kami tidak perlu menganalisa sama ada ia adil atau tidak," katanya.

Begitupun, Mourinho enggan untuk menggunakan alasan jadual padat ketika Krismas yang menyaksikan Chelsea bermain lima perlawanan dalam tempoh 15 hari sebagai kekalahan kepada Spurs.

"Ia sama buat semua orang," kata Mourinho. "Apabila ia sama untuk semua orang, kamu perlu menerimanya. Kamu tahu ia adalah sukar dan ia sukar buat semua pemain.

"Rasa hormat saya kepada semua pemain di kelab kerana adalah sukar untuk mengharunginya," kata Mourinho yang yakin bintangnya, Eden Hazard akan kekal lama di England sekalipun terpaksa berdepan situasi sukar. - Agensi

Berita Harian X