Ahad, 4 Januari 2015 | 3:48pm
CAHAYA api dan kepulan asap jelas kelihatan pada waktu senja di Adelaide Hills semalam. Beberapa rumah musnah manakala ribuan lagi terancam akibat kebakaran hutan di selatan Australia yang semakin marak. - Foto AP

Kebakaran hutan Australia merebak, ribuan penduduk tinggalkan rumah

SYDNEY: Ribuan anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran hutan yang semakin merebak di selatan Australia dengan penduduk meninggalkan rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri ketika angin kuat menyemarakkan lagi api.

Menurut pegawai bomba, enam rumah sudah dimusnahkan oleh kebakaran itu. Tiada kecederaan serius dilaporkan.

Keadaan kering dan suhu tinggi sekitar 30 darjah Celsius menyukarkan anggota bomba memadamkan kebakaran itu.

Menurut pegawai bomba, mereka memerlukan beberapa hari untuk mengawal kebakaran itu.

Kebakaran terburuk berlaku di Adelaide Hills di Australia Selatan di mana api memusnahkan lima rumah dan mengancam ratusan lagi.

Penduduk di 19 komuniti sudah diarahkan berpindah. - AP

Berita Harian X