Khamis, 6 April 2017 | 9:42pm

Warga India dikhuatiri lemas jatuh Sungai Baram

MARUDI: Seorang anak kapal warga India dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke Sungai Baram petang tadi.

Ketika kejadian jam 4 petang, mangsa Shubham Patidar, 22, sedang menarik tali kapal.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata majikan serta anak kapal lain berusaha mencari mangsa, namun gagal menemuinya.

Berikutan itu, laporan dibuat di Balai Polis Marudi, seterusnya bomba dimaklumkan pada jam 5.45 petang.

"Dua anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat diarah ke lokasi kejadian yang memerlukan masa selama tiga jam perjalanan dengan menaiki bot.

"Sehingga malam ini, mangsa masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan pagi esok," katanya.

Berita Harian X