Khamis, 6 April 2017 | 1:46pm

Australia dedah maklumat serangan di Turki


MENTERI Luar, Julie Bishop. - Foto Reuters

SYDNEY: Australia hari ini mendedahkan bahawa mereka menerima maklumat mengenai serangan pengganas bakal dilancarkan pada majlis peringatan Perang Dunia Pertama di Gallipoli, Turki pada akhir bulan ini.

Menteri Luar, Julie Bishop dalam satu kenyataan berkata, pihak berkuasa Turki sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan dijangka mengetatkan tahap keselamatan pada majlis peringatan Hari Anzac berkenaan.

Hari Anzac yang disambut pada 25 April ini, menandakan penyertaan tentera Australia dan New Zealand dalam peperangan yang bermula di Gallipoli, Turki pada 1915.

Beratus-ratus warga Australia dan New Zealand mengunjungi tapak berkenaan setiap tahun. - Reuters

Berita Harian X