Jumaat, 2 Januari 2015 | 6:51pm

Pemuda maut kereta dipandunya bertembung dengan kenderaan lain

KUALA KANGSAR: Seorang pemuda maut selepas kereta PERODUA Myvi dipandunya bertembung dengan sebuah kereta jenis PROTON Saga dalam kejadian di Lebuh Raya Kuala Kangsar-Gerik berhampiran simpang ke Sauk petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam jam 3.15 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Mudzaffar Azrin Mohd Jaafar, 33, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit.

Dua lagi penumpang dan pemandu PROTON Saga bagaimanapun hanya cedera ringan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 3.25 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar kemudian bergegas ke lokasi kejadian.

Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Shamsuddin Abd Karim dan semua mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira jam 4 petang.

Berita Harian X