Ahad, 2 April 2017 | 2:04am
ENAM termasuk seorang kanak-kanak maut dalam kemalangan di Jalan Dewata, Lahad Datu jam 9.45 malam tadi. - Foto ihsan pembaca
Antara mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Dewata, Lahad Datu, malam tadi.. - Foto ihsan pembaca
SEMUA mangsa yang tersepit dalam kereta yang remuk itu dikeluarkan oleh anggota bomba.. - Foto ihsan pembaca

6 maut 2 kenderaan bertembung di Lahad Datu


KERETA Proton Saga dinaiki enam mangsa remuk selepas bertembung dengan pacuan empat roda.. - Foto ihsan pembaca

LAHAD DATU: Enam, termasuk masing-masing seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dan bayi berumur enam bulan, maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Dewata, dekat sini, malam tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 9.45 malam itu, semua mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu dan penumpang kereta jenis PROTON Saga.

Pemandu pacuan empat roda terbabit pula dilaporkan cedera ringan.

Mangsa yang maut ialah empat lelaki dipercayai warga asing, seorang wanita tempatan berusia 35 tahun serta anak lelakinya berumur enam tahun.

Kemalangan itu menyebabkan kereta PROTON Saga itu remuk teruk.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmood, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 9.48 malam sebelum menghantar 10 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba Lahad Datu ke lokasi.

"Semua mangsa yang tersepit dalam kenderaan itu dikeluarkan oleh anggota bomba," katanya ketika dihubungi BH di sini, malam ini.

Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

Berita Harian X