Khamis, 1 Januari 2015 | 6:08pm

Kerajaan akan salur wang ehsan RM500 kepada anggota, veteran ATM dan kakitangan awam


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (tiga dari kanan) turut membantu mengagihkan bantuan makanan kepada mangsa banjir di kawasan Dabong sempenan lawatannya melawat mangsa banjir di Kelantan baru-baru ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyalurkan bantuan wang ehsan sebanyak RM500 kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kakitangan awam dan veteran ATM yang terbabit dalam bencana banjir bermula pertengahan Januari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pembayaran berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat kepada mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir, baru-baru ini.

"Wang ehsan secara one-off ini bertujuan meringankan beban mangsa banjir dan sekali gus menunjukkan keprihatinan dan rasa tanggungjawab Kementerian Pertahanan dalam menjaga kebajikan kakitangan yang berkhidmat di bawahnya serta veteran ATM," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mereka yang layak hendaklah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) di talian 03-20508014/012-7202008, Jabatan Arah Urusan Gaji Angkatan Tentera (0196403120/0193537094) atau Bahagian Kewangan Kementerian Pertahanan (03-2071 5170/017-5623853) bermula esok.

58 dibaca
Berita Harian X