Rabu, 29 March 2017 | 10:46pm

Bapa disyaki tanam bayi hidup-hidup

NEW DELHI: Polis India menahan seorang lelaki hari ini kerana disyaki menanam hidup-hidup anak perempuan yang baharu dilahirkan kerana mahukan anak lelaki.

Penduduk kampung menyelamatkan bayi itu hujung minggu lalu selepas melihat kakinya terkeluar daripada lubang pasir cetek di kawasan ladang daerah Jaipur di timur Odisha.

Polis menahan bapa bayi itu, Ramesh Chandra kerana cubaan membunuh.

Pemandu teksi separuh masa berusia 35 tahun itu disyaki mengambil bayi itu daripada ibunya sejurus dilahirkan Sabtu lalu.

"Mereka gagal menjelaskan mengenai anak yang hilang selepas kami menyiasat kawasan tempat tinggal ibu yang melahirkan," kata pegawai penyiasat Jyoti Prakash Pande kepada AFP.

Katanya, ketika disoal, Chandra mengaku menanam bayi terbabit, mengatakan dia terlalu miskin untuk membesarkan anak perempuan. -AFP

Berita Harian X