Rabu, 29 March 2017 | 1:39pm

KPMG Malaysia lancar Hab Siber dan Digital


MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. - Foto Saifullizan Tamadi

PETALING JAYA: KPMG Malaysia meneruskan komitmennya dalam mempertingkatkan keselamatan siber menerusi pelancaran Hab Siber dan Digital.

Hab berkenaan berperanan melakukan simulasi serangan siber bagi pelanggan dan mengesyorkan cara menangani ancaman keselamatan siber menggunakan pendekatan berpandukan perniagaan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata pendekatan strategik dan menyeluruh perlu dilaksanakan terhadap persediaan siber.

"Dalam hal ini, syarikat perlu melaksanakan persediaan awal kerana ia bukan saja untuk melindungi data mereka, tetapi juga meningkatkan kecekapan syarikat serta memperkukuhkan kedudukannya bagi pertumbuhan masa depan," katanya ketika melancarkan Hab Siber dan Digital KPMG di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Rakan Kongsi Urusan KPMG Malaysia, Datuk Johan Idris.

Info:

* KPMG ialah rangkaian firma khidmat profesional global yang menyediakan perkhidmatan audit, cukai dan penasihat

* Beroperasi di 155 negara dan memiliki 174,000 kakitangan profesional

* KPMG mula beroperasi di Malaysia pada 1928

Berita Harian X